Korang stress? Biasalah tu kan..hidup mana tak ada stress. Bosan jugak hidup tanpa stress ni kan? Paling penting cara bagaimana kita nak hadapi stress agar ia tidak mengganggu kehidupan dan perasaan kita. Jangan selalu stress..nanti senang dapat tekanan darah tinggi tau.
Apa yang korang selalu buat bila stress? Tidur? Makan? Shopping? Mengaji? Solat? 90% kajian kata bila stress, makanan menjadi ‘tempat’ melepaskan stress! Tapi pandai-pandailah pilih makanan sebab tak semua makanan baik untuk kurangkan stress. Alang-alang nak redakan stress jom kita ketahui jenis-jenis makanan yang boleh membantu kita bila stress.
1. Coklat
Coklat mengandungi kadar tryptophan dan pengambilannya membantu badan kita membentuk serotonin untuk membuatkan perasaan dan fikiran lebih tenang. Tapi janganlah pula mengambilnya dalam kadar berlebihan pula. Cukup sekadar 6-7 gram per hari.
2. Sarapan
Sila jangan skip sarapan sebab mengikut kajian, sarapan itu penting untuk mengisi badan dengan bahan bakar selepas ‘berpuasa’ semalaman. Ia adalah sumber tenaga untuk seharian. Pilih sarapan yang mengandungi protien tinggi seperti telur, kacang dan bijian.
3. Teh
Teh hijau atau chamomile adalah pilihan terbaik bagi meregangkan otot. Theanine (asid amino) yang ada dalam teh ini dapat memberi kesan yang menenangkan. Manakala bisabolol (bahan aktif yang terdapat dalam chamomile essential oil) mengandungi anti iritasi, anti radang dan anti microbial yang baik untuk mengatasi gangguan tidur dan rasa panik.
4. Air – Penghilang stress secara semulajadi
Kajian menunjukkan kaitan yang kuat antara dehidrasi dan depresi. Sebanyak 85% jaringan otak terdiri daripada air. Oleh itu, rajin-rajinlah cukupkan keperluan air mengikut keperluan masing-masing sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari.
5. Makanan Laut
Bersedia untuk ubah mood korang sebab pengambilan udang, tuna atau kerang yang mengandungi serotonin dan asid amino (tyrptophan) dapat membantu mengurangkan keresahan dan mengembalikan mood yang happy.
6. Yogurt
Yogurt baik untuk pertahanan badan kerana ia mengandungi bakteria baik untuk menjaga saluran penghadaman dan ketahanan badan.
7. Epal
Kulit epal mengandungi phytochemicals (antioksidan) untuk mencegah radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel dalam badan. Makanlah buah dengan kulit asalnya tetapi pastikan ia dicuci dulu dengan air besrsih atau pun direndam seketika dengan cuka epal.
8. Brokoli
Sayur brokoli mengandungi kadar potassium yang tinggi yang membantu mengembalikan stamina dan menguatkan otot.
9. Susu
Segelas susu sebelum tidur mampu membuatkan tidur lena kerana kandungan kalsium membantu meredakan ketegangan otot. Juga boleh menambahkan pengambilan tablet kalsium dengan Vitamin D. Ostematrik sangat membantu
10. Makan Sedikit Tetapi Kerap
Hormon stress boleh mendorong pengeluaran kolesterol dalam badan dan jika berlebihan ia boleh menyekat pembuluh darah yang mengakibatkan serangan jantung dan strok. Dengan makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap boleh membakar metabolisme, menstabilkan gula darah dan membantu mengurangkan kolesterol.
11. Pengambilan B-compleks
Keadaan stress, Migrain, tension dan sakit kepala semuanya adalah berkaitan dengan saraf. Pengambilan lengkap vitamin B dengan 8 kumpulannya amat membantu meredakan saraf-saraf yang ketegangan sekaligus menghilangkan sakit migrain, sakit kepala, stress dan eangkatan dengannya.
Semoga Bermanfaat
Aniey Yusoff
bolehlah cuba tips yang diberikan ni,tq
InsyaAllah semoga dapat membantu 🙂
Nice info ni. Tak tau la SB epal merah boleh kurangkan stress..yg info paling best..makan sikit tapi kerap…hehee..suka sesangat
Sue Bee recently posted…Pisang Goreng sedap dan rangup
hurmm…lepas ni apalagi asyik mengunyah la tu hihi…
Saya kalau stress main game. 🙂
akubiomed recently posted…Garment steamer Salav membuatkan menggosok baju tidak lagi membosankan
kalau game kalah boleh buat stress jugak tu kihkih…:P
Lately ni, memang selalu jugak stress..Bagus juga tips ini. Thanks 🙂
jgn stress2..cuba amalkan ni..semoga bermanfaat insyaAllah..
Bila pening suka tengok ikan dalam akuarium. Memang melegakan juga.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…2 Tahun Penyusuan Terindah – Arif – Bahagian 1
bagus jugak idea tu kan..rasa tenang je..