Tips Mengatasi Kejang Kaki Pada Ibu Hamil Supaya Tidur Lebih Lena

Pengalaman mengandung 2 kali sebelum ini, masalah kejang kaki terutama pada waktu malam memang amat memeritkan. Asal malam je seriau rasa, bukan sebab takut hantu hihi tapi memikirkan yang saban malam pasti akan diserang kejang kaki atau pun selalu orang panggil simpul biawak. Allah je yang tahu peritnya waktu tu. Boleh nampak dengan jelas otot yang kelihatan tertarik ke dalam. Nampak macam ada satu lekuk di betis. Kadang-kadang sampai 2 kali kena setiap malam.

Waktu kena tu memang tak boleh nak buat apa sebab terlampau sakit untuk gerakkan kaki hanya mampu bangun dan memijakkan kaki ke lantai dari atas katil. Dalam 5 minit jugak baru la reda, Allah..serik dan trauma rasa. Padahal waktu tu 4 biji tablet kalsium bekalan klinik memang selalu ambil sebelum tidur tapi masih sama jugak keadaannya setiap malam. Nak tidur pun tak lena. Mana taknya, tengah best tidur tiba-tiba diserang rasa ngilu yang amat! Mau tak terkejut kan?

Malah bukan itu sahaja, sakit otot pada betis dan kaki berlanjutan setiap hari menyukarkan pergerakan untuk berjalan dan duduk. Berjalan sekejap je dah sakit-sakit kaki. Banyak betul dugaan kita sebagai ibu ni kan. Besar pahalanya Allah nak bagi pada kita.

Kejang kaki Semasa Hamil

Kenapa Kejang Kaki Berlaku Semasa Hamil?

Kekejangan otot berlaku adalah disebabkan beberapa faktor :
  • kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan anda
  • uterus (rahim) wanita hamil yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki dan ini memberi kesan kepada otot kaki
  • berdiri sepanjang hari juga boleh menyebabkan otot kaki kita keletihan umpama orang bersukan dan berlari
  • sering berlaku pada trimester ke 2 apabila rahm semakin membesar. Kaki yang penat membawa lebihan berat akan mudah mendapat kekejangan

Apa Nak Buat Untuk Mengelak Dari Kejang Otot?

  1. Cara paling terbaik adalah dengan merehatkan otot kaki. Kurangkan berdiri dalam masa yang lama kerana ia boleh memberikan ketegangan pada otot kaki
  2. Semasa kejang kaki menyerang, dengan perlahan-lahan cuba luruskan kaki ke lantai dan menggerakkan jari-jari kaki
  3. Urut perlahan-lahan otot yang tegang dengan minyak panas dan cuba berjalan-jalan dengan memijak hujung tapak kaki
  4. Elakkan berjalan pada jarak jauh
  5. Tidur dengan berbaring arah sebelah sisi kanan untuk mengelakkan tekanan kuat rahim pada salur darah dan saraf
  6. Minum banyak air bagi mengelakkan dehidrasi
  7. Mandi dengan air suam sebelum tidur untuk membantu melancarkan perjalanan darah
  8. Letakkan tuala suam di atas betis sebelum tidur
  9. Amalkan pengambilan tablet kalsium dengan magnesium untuk membantu merehatkan otot dan saraf

Mengandung kali ke 3 dan ke 4 alhamdulillah masalah kejang kaki langsung tak menjengah. Rupanya ada beza ambil tablet kalsium sahaja dengan tablet kalsium lengkap dengan magnesium, Vitamin D, boron, zinc, mangan dan banyak lagi mineral. 4 biji Ostematrik setiap malam memang tak pernah tertinggal. Lagipun keperluan kalsium ibu hamil sebanyak 1000mg setiap hari memang amat-amat diperlukan sebab bayi yang semakin membesar akan mengambil kalsium dari ibu untuk pertumbuhan tulangnya. Makanya kalau ibu dia sendiri tak cukup kalsium, bayi akan ‘mencuri’ kalsium dari tulang ibu. Sebab itulah, golongan wanita amat berisiko dengan serangan osteoporosis dan kehilangan gigi semasa hamil.

Contoh ibu kekurangan kalsium macam Pn.Ida Khairani ni, apa jadi pada dia dan anak?

Jadi ibu-ibu, harus selalu pastikan keperluan kalsium harian mereka cukup setiap hari. Barulah tidur dengan lena dan aman 🙂 Malah sakit-sakit otot juga hilang. Baca juga entry Tips Mengatasi Sakit Badan Pada Ibu Menyusu

Semoga Bermanfaat

Aniey Yusoff

SID Wangsa Maju, Setiawangsa, Sri Rampai

sms/whatsapp :013.777.3122

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge