Tips Mengatasi Kekejangan Otot Dan Sakit Badan Apabila Anak Menyusu Sepanjang Malam

Sesungguhnya cabaran menjadi seorang ibu ni amatla banyak. Daripada mengandung, sakit bersalin, menghadapi luka selepas bersalin, cabaran bengkak susu dan sakit-sakit badan, kejang otot dan kebas-kebas tangan akibat anak yang menyusu sepanjang malam.

Cabaran breastfeeding yang paling mencabar ialah apabila anak mahu menyusu sepanjang tidur dan tidak mahu melepaskan puting susu. Andai dicabut pasti menangis. Jadinya ibu pun statikla baring sambil menyusu. Ada tak ibu-ibu yang ada masalah begini?

Pengalaman ni selepas habis berpantang bersalinkan Aimy. Memang sangat penat dan sakit satu badan. Sebelah tangan yang dibuat pangku kepala terasa sangat kebas sampai satu hari baru hilang. Lenguh rasa macam tak ada tangan. Rasa nak habis sebotol minyak angin buat urut. Sakit belakang pula terasa mencucuk-cucuk. Pinggang dan punggung terasa amat sakit kerana duduk dalam tempoh lama untuk breastfeeding.

Ibu Menyusu

Berapa ramai yang senasib dengan kami ini?

Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah….

Apa yang saya buat bagi mengatasi masalah ini?

#1 : Berurut

Sesekali pulang ke kampung saya mesti mencari bidan kampung untuk berurut. Memang rasa amat segar selepas mengurut dan hilang seketika sakit-sakit badan. Tapi tak boleh la nak selalu mengurut nanti sikit-sikit sakit je nak mengurut kan.

Kebaikan Mengurut : 
  • Dapat membantu untuk menghuraikan atau melepaskan simpulan-simpulan urat-urat yang tersimpul.
  • Dapat membantu mengendurkan ketegangan urat saraf dan otot-otot badan.
  • Dapat membantu melancarkan perjalanan darah
  • Dapat membantu memberi ketenangan kepada tubuh badan
  • Dapat membantu untuk mengelakkan daripada penyakit tertentu.

berurut

#2 : Bertungku

Kadang2 saya bertungku sendiri. Panaskan batu tungku di dapur gas dan balut dengan beberapa lapis kain. Tungkukan pada kawasan yang lenguh seperti tangan dan kaki

Amalan bertungku adalah asas kepada amalan berpantang secara tradisional dan sekarang ramai yang mencuba amalan ini ekoran daripada kebaikannya yang diakui kepada ibu selepas bersalin

Antara kebaikan bertungku ialah :

  • mengecutkan dan memulihkan rahim
  • melegakan kesakitan urat saraf di kawasan peranakan dan anggota badan lain yang sakit
  • ketika bertungku badan akan rasa berpeluh dan hangat sesuai untuk pemulihan tenaga dan melegakan kesakitan saraf

#3 : Mandi Air Suam/Hangat

Dengan mandi air suam dapat memberi kelegaan pada otot-otot yang tegang.

Mandi

#4 : Elakkan Tidur Di dalam Bilik Berhawa Dingin

Di dalam suhu yang sejuk kepekaan saraf mula menurun menyebabkan ia terasa nyeri dan mudah kekejangan.

#5 : Mengambil Ostematrik

Ostematrik ni sejak dari hamil lagi memang tak pernah tinggal mengambilnya. Banyak membantu mengurangkan kekejangan kaki dan mengelakkan sembelit semasa berpantang. Ibu-ibu hamil dan menyusu memang sangat-sangat memerlukan kalsium lebih dari biasa. Kekurangan kalsium akan menyebabkan otot mudah meregang, risiko osteoporosis, kerapuhan gigidan membantu kita untuk tidur lena dan bangun dengan segar.

Ostematrik antara salah satu vitamin yang ada dalam Set Hamil Shaklee juga dalam Set Penyusuan Shaklee. Selain kandungan Kalsium yang ada di dalam Ostematrix ni, ia juga dilengkapi dengan Vitamin D dan juga Magnesium yang membantu penyerapan optimum kalsium ke dalam tulang. Magnesium, adalah satu mineral yang sangat penting dalam membaik pulih otot kita yang kekejangan dan keletihan.

testimoni-ostematrix-shaklee

Inilah antara tips yang saya amalkan untuk sentiasa kekal bertenaga tanpa dibelenggu masalah kesakitan otot. Dan alhamdulillah kesemua ini sangat membantu.

Ibu-ibu yang ada masalah sama dengan saya, cubalah tips ni. Untuk pertanyaan dan pembelian saya boleh dihubungi :

Aniey Yusoff

sms/whatsapp : 013.7773122

emel : aniey434@yahoo.com

COD : Setiawangsa, Sri Rampai, Wangsa Maju dan kawasan sekitar

Konsultasi Percuma Dan Terbaik Untuk Anda

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge