Tips Mengurangkan Migrain Dan Sakit Kepala Tahap Nak Pecah Kepala Secara Semulajadi

Dengan keadaan cuaca yang tak menentu sekarang, sekejap panas terik sekejap hujan memang sangat mengundang rasa sakit kepala. Fuhh berdenyut yang sangat hebat rasanya kepala. Kebiasaan saya dahulu kalau rasa sakit kepala begini memang sangat tak tahan dan kesudahannya saya mengambil 2 biji panadol atau kadang-kadang amik ‘pain killer’ dan tidur. Bila bangun rasa ok sikit. Itula yang saya selalu lakukan sebelum ni. Sampai masa rasa kena ‘do something’ ni tak kan nak bergantung dengan benda-benda dadah ni kan. Betul tak?

Tips Atasi MIgrain

Mengenali Migrain

Migrain dikesan menerusi denyutan, kadangkala sakit yang kuat dan biasanya di bahagian sebelah kepala. Selain itu, deria pendengaran dan pemandangan menjadi semakin sensitif.

Ia membabitkan penguncupan dan pengembangan saluran darah ke otak. Kebiasaannya perjalanan darah mengurang di belakang otak dan merebak ke bahagian depan. Apabila saluran yang menguncup itu mengembang, ledakan darah dengan tiba-tiba mencetuskan rasa sakit yang kuat.

Faktor Penyebab Migrain Atau Sakit Kepala

  • Stres – stres menyebabkan ketegangan di area leher, bahu, dan otot kepala
  • Hormon – wanita yang mengalami haid mengalami perubahan hormon yang akan mencetuskan sakit kepala
  • Diet – kekurangan zat dan nutrisi dalam pemakanan juga menjadi faktor sakit kepala
  • Minum – tabiat meminum terlalu banyak minuman berkafein atau beralkohol
  • Terlambat makan – lambat makan menyebabkan gula dalam darah menurun dan mendorong sakit kepala
  • Kurang tidur
  • Faktor keturunan
  • Kesan pengambilan ubat-ubatan
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

Antara Panduan Yang Boleh Di Amalkan Bagi Mengurangkan Sakit Kepala

  • Minum air isotonik tanpa gula. Pilihan saya adalah air Performance Drink kerana ia menghidrat lebih cepat dari air. Kemungkinan badan kita mengalami dehidrasi dan ia adalah langkah pantas mengembalikan bendalir badan
  • Dan jangan lupa cukupkan minum air sebaik-baiknya lapan gelas air sehari. Kekurangan air antara penyebab utama sakit kepala. Jika tubuh tidak mendapat bekalan air mencukupi, tubuh mula menyimpan cairan sedia ada dan menyebabkan sakit kepala atau migrain.
  • Bersenam atau bergerak aktif, dengan ini daya tahan seseorang itu akan meningkat dan mengurangkan tekanan serta membantu tidur lebih nyenyak.
  • Pastikan tidur mencukupi iaitu lapan jam sehari. Terlalu banyak tidur atau sedikit tidur boleh menimbulkan sakit kepala.
  • Elak terkena cahaya terang atau pancaran matahari bagi mengurangkan sakit kepala.

cahaya matahari

  • Apabila terlalu lama menghadap komputer, luangkan masa berehat seketika dengan berjalan sambil mengambil udara segar atau bersandar ke kerusi sambil memejamkan mata dan tarik nafas secara perlahan-lahan
  • Berfikiran positif dan tenang membantu diri untuk mengurangkan sakit kepala.
  • Apabila lapar, segera makan dengan kadar yang segera kerana apabila tubuh tidak mendapat sumber makanan diperlukan untuk tempoh tertentu, ia menyebabkan kekurangan gula dalam darah. Boleh juga ambil makanan ringan seperti epal, coklat atau gula-gula agar kandungan gula dalam darah kembali normal.
  • Ambil kain lembut dan basahkannya dengan air sejuk, kemudian letakkan di kepala dan leher bahagian belakang. Untuk bahagian mata, ambil tuala kecil dan rendam dalam air suam, letakkan pada mata beberapa minit. Ulang beberapa kali. Cara ini boleh melegakan sakit kepala.
  • Pengambilan Magnesium┬ádapat membantu mengurangkan sakit kepala.┬áKajian membuktikan magnesium mengurangkan sakit kepala atau migrain, dan mengurangkan kekerapan ia berlaku. Dan pilihan saya adalah mengambil Ostematrik sebab ia lengkap dengan magnesium yang membantu melegakan otot dan saraf
  • Pengambilan vitamin B-complex membantu mengurangkan stress dan menstabilkan hormon dalam badan. Ia juga merangsang mood gembira dan baik.

Alhamdulillah..langkah pencegahan ini amat membantu saya mengurangkan sakit kepala tanpa perlukan pain killer atau panadol lagi. Saya percaya korang pun kalau boleh mesti nak elakkan dari mengambil ubat-ubatan kan? InsyaAllah cara ini membantu secara semulajadi.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan Aniey Yusoff 013.777.3122. Saya sedia membantu!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge