Tips Mengurangkan Sakit Senggugut Yang Tahap Nak Patah Pinggang Supaya Tak Perlu MC lagi!

Wanita dan senggugut memang amat sinonim sekali. Di mana-mana institusi bekerja senggugut merupakan masalah paling kerap dihadapi oleh pekerja wanita dan menjadi penyebab rungutan kepada ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja, sekolah dan aktiviti lain.
Kesakitan yang dialami semasa berlangsungnya haid dipanggil senggugut atau dismenorea (dysmenorrhea). Senggugut sering menyerang seorang wanita pada hari pertama dan kedua haid.  Senggugut bukan sekadar kesakitan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis.
Tips Atasi Senggugut
Bahaya kan kalau senggugut ni kalau dibiarkan berlanjutan. Sebenarnya semua orang pasti akan ada senggugut cuma yang membezakan adalah kadar kekerapan sakit antara skala 1-10 dan kesan senggugut.
Nak tahu apa kesan paling teruk senggugut ni? Agak-agak ada tak kesan macam Pn. Maria Alwi ni

Simptom Senggugut

  • sakit mencengkam, kejang atau kedua-duanya pada bahagian pelvis
  • sakit ini melarat ke bahagian pinggang dan paha
  • disertai dengan simptom sampingan seperti sakit kepala, loya, muntah, sembelit, cirit-birit, pitam, sakit dan rasa bengkak pada payudara dan abdomen

Tips Ini Boleh Membantu Mengurangkan Sakit Senggugut

1. Gunakan Pad Pemanas

Pad pemanas ada dijual di farmasi dan ia boleh digunakan untuk melegakan rasa sakit di bahagian perut. Atau mungkin cara paling senang dan jimat boleh menggunakan botol dan diisi dengan air panas dan dibalut dengan tuala sebagai alat tuam. Tapi janganlah pula guna botol ai mineral kang penyet pulak botol tu 🙂

Pad Pemanas

2. Minum Air Suam

Sila elakkan minum minuman berais dan minuman sejuk kerana sakit senggugut lebih bertambah teruk kerana penguncupan otot berlaku. Minum air halia suam dengan sedikit madu mungkin boleh membantu

Minum Air Suam

3. Berurut

Urutan mampu melegakan kesakitan akibat kontraksi otot-otot di bahagian rahim. Boleh berurut lembut dengan menggunakan minyak urut berangin. Pasti sedikit melegakan.

4. Mandi Dengan Air Hangat Atau Suam

Mandi dengan air suam membantu melegakan sakit-sakit otot akibat senggugut

5. Kurangkan Makanan Bergaram

Pengambilan garam berlebihan akan membuatkan badan menyimpan banyak air. Ini boleh menyebabkan kekejangan di bahagian perut ketika haid. Elakkan mengambil makanan ringan kerana ia mengandungi kandungan garam yang tinggi.

6. Berehat Dan Bertenang

Banyakkan berehat dan fokus kepada perkara lain supaya minda lebih relaks dan lupa pada kesakitan. Banyakkan berzikir dan berdoa

7. Pengambilan Nutrisi Yang Sihat

Individu yang mengalami senggugut amat disarankan mengambil nutrisi dan mineral yang penting iaitu Kalsium, Vitamin C, vitamin B dan linoleic asid. Ini kerana, kehadiran mineral kalsium membantu melegakan ketegangan otot dan merehatkan otot rahim. Senggugut juga terjadi kerana kekurangan linoleic asid dalam tubuh yang berperanan mengurangkan radang yang berlaku semasa proses pengecutan rahim berlaku semasa haid.

Tahu tak bahawa korang sebenarnya boleh bebas dari senggugut tanpa perlu amik pain killer? Jadi tak perlu la amik MC lagi kan? Bos-bos pun tentu happy bukan? Bukan apa saya ada pengalaman Bos ditempat kerja yang sangat pilih kasih dengan pekerja wanita kerana baginya pekerja wanita banyak amik cuti, cuti senggugut la, cuti bersalin la, cuti masa mengandung la. Hurm..nasib baik saya dah berhenti kerja hehe…

Hubungi saya untuk Set Semulajadi Senggugut supaya korang boleh jadi pekerja contoh 🙂

Aniey Yusoff

sms/whatsapp : 013.777.3122

emel : aniey434@yahoo.com

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge