Tips Pemilihan Botol Susu Yang Selamat Untuk Si Manja

Saya percaya ramai ibu yang inginkan yang terbaik untuk si manja masing-masing sehinggakan sangat teliti dalam pemilihan botol susu dan sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli botol susu berjenama yang agak mahal. Tidak kira ibu-ibu yang bayinya menyusu penuh susu ibu dan sebaliknya. Bagi ibu full breastfeeding yang bekerjaya botol susu juga diperlukan untuk menyimpan susu perahan dan kegunaan bayi semasa ibu bekerja.

Panduan Pilih Botol Susu

Fakta Tentang Botol Susu

Botol susu yang lutsinar dan keras diperbuat daripada polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A atau lebih terkenal sebagai BPA. Bahan inilah yang membentuk botol susu atau mana-mana botol plastik yang lain menjadi keras dan lutsinar. Ia digunakan kerana tahan lebih lama, berwarna jernih dan tahan haba.

BPA adalah unsur kimia yang tidak stabil, ini bermakna ia boleh terurai keluar dari botol susu bayi apabila ia dipanaskan berulangkali, membasuh botol dengan air panas atau menggunakan botol untuk sesuatu tempoh yang lama. Ketiga-tiga amalan ini boleh menjejaskan kualiti botol susu. Ini menyebabkan BPA yang terkandung di dalamnya meresap keluar dan menyerap masuk ke dalam susu ibu yang berada dalam botl.

Kesan Sampingan BPA

Walaupun kajian masih dijalankan sehingga kini, beberapa kesan sampingan BPA yang dikhuatiri membahayakan bayi antaranya :

  • keupayaan BPA meniru hormon semulajadi wanita – estradiol
  • pendedahan yang minimum kepada BPA mampu menjadi punca kepada kanser payudara
  • Juga menyebabkan akil baligh dalam usia yang terlalu muda
  • perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak terganggu

Berikut Antara Tips Yang Perlu Ibu-ibu Ketahui sebelum membeli botol susu :

1. Memilih Botol Kaca

Ada dua jenis botol susu yang boleh dipilih, iaitu botol susu plastik yang bebas BPA dan botol susu kaca. Botol kaca adalah selamat untuk penggunaan bayi namun ia menjadi bahaya dan mendatangkan risiko kecederaan pada bayi dan ibu sekiranya ia jatuh dan pecah. Ia mudah pecah dan retak terutama semasa proses sterilisasi. Botol juga boleh pecah ketika dipegang bayi dan akan sangat berbahaya jika pecahan kaca masuk ke dalam makanan. Maka dari itu, botol plastik memang ,menjadi pilihan utama ibu-ibu.

2. Botol Plastik Opaque (legap/kabur)

Botol ini yang diperbuat daripada polyethylene atau polypropylene yang disahkan tidak mengandungi BPA

3. Botol Bebas BPA

Oleh kerana penghasilan botol sebegini yang langsung tidak mengandungi BPA, jadi harga kebanyakkan botol jenis ini lebih mahal daripada botol berjenama yang lainnya.

4. Sistem Drop-in atau disposable liner

Kebanyakkan sistem drop-in atau liner adalah bebas daripada BPA. Ini kerana liner botol yang digunakan tidak mengandungi BPA.

5. Pilih Botol Susu Yang Sesuai Dengan Umur

Pilihlah botol susu dengan ukuran yang sesuai mulut bayi dan tahap perkembangannya. Tujuannya supaya bayi merasa selesa ketika minum, sehingga dia merasa minum susu sama seperti pada payudara ibu. Botol dan puting yang tidak sesuai boleh mengakibatkan bayi tersedak.

6. Baca dan ikuti petunjuk range usia yang tertulis pada panduan sebelum membeli botol

7. Pilih botol susu yang mudah dibersihkan

Ini supaya dapat menjamin kesihatan bayi. Selalu sterilkan botol menggunakan air mendidih atau peralatan steril elektronik untuk membunuh bakteria dan kuman yang mungkin tertinggal pada sisa – sisa susu.

8. Jika terpaksa memilih botol plastik, pilih botol yang tidak diperbuat dari plastik polycarbonate BPA.

Periksa label kitar semula yang tertera pada di bawah botol susu. Botol plastik dengan polycarbonate BPA selalunya ditandai dengan nombor ‘7’ pada label kitar semula. Jadi elakkan membeli botol dengan tanda ini.
Plastic Resin Code - 7 OTHER_png

9. Kenal pasti tanda ‘recycle’ iaitu berbentuk segitiga yang mempunyai 3 anak panah yang mengelilingi suatu nombor.

Plastik Resin Code
Semoga bermanfaat buat ibu-ibu semua 🙂

Aniey Yusoff

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge