Tips Penyusuan Berjaya Bayi Baru Lahir

Pengalaman berharga saat menjadi ibu merupakan memori indah yang terpahat selamanya. Walau dah 2 tahun ke atau sepuluh tahun ke pengalaman mula2 sewaktu selepas bersalin tu rasa macam baru semalam terasa. Betul kan ibu semua?

image

 

Waktu mula2 selepas bersalinkan Alyaa dulu ilmu penyusuan memang zero. Jadinya memang kelam kabut dan kelaut jadinya..huhu.

Waktu lepas bersalinkan Alyaa tu perasaan sangat excited nak susukan baby. Tapi waktu tu dengan kekok dan tak biasa membuatkan baby saya tak dapat menyusu dengan baik.

Dan kali ni saya kongsikan tips menyusukan bayi kali pertama buat yang baru2 bergelar ibu. Dah berpengalaman 3 kali ini, insyaAllah banyak membantu saya menyusukan anak dengan berjaya.

Tips Menyusukan Bayi Kali Pertama

1. Cuba susukan bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan di dalam bilik bersalin. Beritahu Doktor atau Nurse hasrat kita dan mereka akan membantu

2. Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari di mana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, kesabaran amat dituntut dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa

3. Pastikan kepala bayi berhadapan dengan payudara supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda. Sokong payudara supaya ia tidak menekan dagu bayi

4. Letakkan bayi ke arah payudara dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh payudara anda

5. Untuk keselesaan boleh kurangkan pelawat untuk memastikan masa kita bersama bayi tidak terganggu

6. Pastikan kita selesa semasa menyusu. Boleh lapikkan bantal untuk menyokong belakang, kepala dan tangan yang memangku bayi

7. Sekiranya berasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi dari puting dan cuba lagi.

8. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh menyebabkan sakit belakang.

9. Pastikan kita dan baby tidur dan bangun dalam masa yang sama agar kita dapat berehat dan mengelakkan stress yang boleh mengganggu penyusuan

10. Apabila bayi menangis, pujuk dahulu baby dan apabila tangisan dia sudah reda barulah diberikan susu. Ini bagi mengelakkan daripada risiko tersedak susu

11. Jika mudah terganggu oleh bunyi bising, cari tempat yang senyap seperti di dalam bilik

12. Perhatikan bagaimanakah rasa pada payudara semasa bayi melekap padanya. Bayi sepatutnya menghisap satu mulut penuh payudara. Jika pelekapan menyakitkan, lepaskan lekapan dengan memasukkan jari kelengkeng di antara mulut bayi dan payudara kita.

Semasa ibu2 dalam tempoh berpantang amalkan pemakanan yang seimbang sebagai ‘milkbooster’ ibu agar proses penyusuan berjalan lancar tanpa ibu ada masalah ‘susu kurang’.

Mungkin tips dari ibu dalam video di bawah ni boleh membantu ibu2 mengutip pengalaman bagaimana melancarkan penyusuan seperti beliau.

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Dan sekiranya ibu2 ada sebarang pertanyaan tentang Set Penyusuan Shaklee atau Set Berpantang Shaklee boleh ajukan pertanyaan pada saya :

Ibu 3A ~ AnieyYusoff (013.777.3122)

emel : aniey434@yahoo.com

Salam Sayang, Semoga bermanfaat

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge