Vitamin Untuk Kulit Agar Awet Muda Dan Berseri

Assalamualaikum WBT

Bila sebut tentang tua, setiap orang pasti akan laluinya kerana ia adalah proses alami setiap makhluk yang hidup. Kita tidak mampu menghalang dari jadi TUA tetapi kita mampu melambatkan proses penuaan dengan cara menjaga kesihatan sel-sel kita supaya tidak jadi tua sebelum masanya.

Tubuh yang sihat bermula dengan kesihatan sel-sel tunggal itu sendiri. Makanan yang diambil untuk sel-sel ini akan menentukan kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan serta memberi kesan yang dramatik apabila usia kita semakin meningkat. Walaubagaimana pun sel-sel kita akan terus mengalami kerosakan akibat pendedahan persekitaran harian, tekanan bahkan melalui makanan yang menghasilkan radikal-radikal bebas.

Radikal bebas ini memberikan kesan buruk pada tubuh dan menyebabkan sel-sel kita menjadi semakin lemah dan tidak berfungsi, seterusnya menyebabkan tindak balas keradangan yang boleh menyumbang kepada penuaan selular.

Penuaan memang tidak dapat dielakkan, tetapi pilihan harian yang kita buat setiap hari untuk penjagaan diri sendiri boleh melambatkan proses penuaan dan meningkatkan tahap kesihatan. Antara langkah terbaik untuk kita melindungi penuaan dengan mengamalkan diet yang kaya dengan resveratrol dan polifenol.

Cegah Sel Sebelum Jadi Tua?

Resveratrol dan polifenol telah terbukti berupaya meneutralkan radikal-radikal bebas toksik untuk melambatkan proses penuaan di peringkat selular.

Polifenol adalah sekumpulan fitokimia yang terdapat pada tumbuhan dan buah-buahan yang memberi mereka warna serta pada masa yang sama melindunginya daripada penyakit. Malah, penyelidikan terbaru mencadangkan bahawa resveratrol dan polifenol berupaya melambatkan proses penuaan dan menyebabkan jangka hayat yang lebih lama dan sihat.

Kajian makmal mencadangkan bahawa campuran polifenol terhadap 4 bahan iaitu Muscadine Grape, Polygonum Cuspidatum, Purple Carot, dan European Elderberi boleh :

  1. Melindungi serta membaiki DNA serta memerangi radikal bebas, memastikan sel-sel akan sentiasa sihat
  2. Mengoptimumkan prestasi sel dengan melambatkan pembentukan protien AGE (Advanced Glycation End-Product). Protien AGE dikenali sebagai penyebab sikap tidak bertoleransi glukosa dan penuaan selular.
  3. Meningkatkan tenaga selular, membantu memperbaharui dan menyegarkan semula sel 
  4. Meningkatkan kesihatan Telomeres yang merupakan sebahagian penting daripada sel kita 

Apabila sel-sel kita sihat, kita akan :

  • Kelihatan dan rasa muda tidak kira apa usia
  • Kekal bertenaga sepanjang hari
  • Mencapai kesihatan optimum, mempunyai imuniti yang lebih kuat dan berupaya mengurangkan risiko kesihatan berkaitan umur untuk kehidupan di masa akan datang
  • Mengekalkan berat badan yang sihat dan meningkatkan fungsi sistem detoks

Miliki Vivix Tonik Botani anda dengan kadar segera dengan klik di link esell ini

Pengedar Shaklee Wangsa Maju Keramat AU

Untuk mendapatkan konsultasi eksklusif dari saya, hubungi KakNi seperti detail berikut :

Aniey Yusoff

ID : 887558

Sms/Whatsapp : 0137773122

COD : Wangsa Maju Keramat AU

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge