Waspada 10 Tanda Kadar Gula Dalam Darah Tinggi Supaya Elak Kencing Manis

Kalau sebut tentang kencing manis pasti saya akan terbayangkan risiko yang bakal ditanggung oleh pesakit seperti mudah mendapat penyakit sampingan lain seperti sakit buah pinggang, jantung dan darah tinggi atau lebih dikenali sakit 3 serangkai. Terbayang juga akan pemotongan anggota badan pesakit.

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa waspada dengan tanda-tanda kemungkinan gula dalam darah kita adalah tinggi supaya pencegahan awal dapat dilakukan. Boleh baca juga entri saya berkenaan Diabetes Dan Pemotongan Anggota dan Cara Nak Kawal Gula Dalam Darah

Kerap Lapar

Kenali Penyakit Kencing Manis (Diabetes Mellitus)

  • Penyakit diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.
  • Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas.
  • Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.
  • Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.

Kencing manis merupakan salah satu penyakit pembunuh utama di Malaysia. Penyakit ini tidak menunjukkan tanda-tanda yang jelas yang menunjukkan pesakit akan menghidapinya sehinggalah sampai ke peringkat yang sudah teruk. Jadi amatlah penting supaya kita sentiasa berwaspada dengan tanda-tanda kemungkinan kadar gula dalam darah kita adalah tinggi.

Simptom Dan Tanda Kencing Manis

1. Kencing Dengan Kerap Pada Waktu Malam

Perkara ini terjadi kerana ginjal bekerja dengan lebih keras untuk menyingkirkan lebihan gula tersebut. Ini membuatkan anda kerap membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam.

Tanda Kencing Manis

2. Sering Dahaga Yang Melampau

Apabila badan kehilangan bendalir badan kerana kerap kencing pada waktu malam, anda akan rasa sangat dahaga kerana badan sedang cuba menambah cecair badan. Ini juga terjadi disebabkan adanya glukosa dalam air liur. Jika anda tidak minum dalam kuantiti yang mencukupi badan anda akan berisiko untuk dehidrasi.

3. Kerap Merasa Lapar

Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, lalu menyebabkan tahap gula dalam darah jatuh.

Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, dan ia tidak dapat memasuki sel badan untuk proses metabolisme maka badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.

4. Berat Badan Menurun Secara Tiba-tiba

Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam masa dua atau tiga bulan.

Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif. Jika ini terjadi secara berterusan, maka anda akan cepat rasa lapar, sering makan tapi berat badan semakin menurun.

5. Luka Lambat Sembuh

Seringkali pesakit diabetes sinonim dengan keadaan luka yang lambat sembuh dan berparut hitam. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota badan.

6. Penglihatan Semakin Merosot

Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.

Walau bagaimanapun ini adalah bersifat sementara dan ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.

7. Rasa Kebas Dan Mati Rasa

Kadar gula darah yang tinggi akan merosakkan saraf sehingga menimbulkan rasa sakit seperti terbakar atau bengkak. Jika keadaan ini berterusan akan menyebabkan sehingga mati rasa dan kerosakan saraf kekal.

8. Mood Terganggu

Gula darah yang tinggi menyebabkan anda susah fokus dan rilek. Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Letih sepanjang masa akan membuatkan anda akan cepat marah.

9. Terdedah kepada jangkitan kulat

Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.

10. Rengsa Pada Kulit

Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.

Jika tanda-tanda ini mula menghantui hidup korang makan bersegeralah berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan tahap glukosa dalam darah. Tindakan awal dapat menyelamatkan korang dari menghidap diabetes yang ditakuti ramai ini.

Semoga Bermanfaat

Aniey Yusoff

You may also like...

8 Responses

  1. Yaya says:

    salam..
    yaya ni ad ktrnan pnykit tu..mmg kne jga sgt..huhu
    tq share
    Yaya recently posted…BERTAMBAH 1 TAHUN..My Profile

  2. ikhwan says:

    Allahu… Serious tkt sangat dgn penyakit kencing manis ni.. Moga dijauhkan… Apa2 pencerahan yang jelas terima kasih.. 😀
    ikhwan recently posted…Saidina Abu Ubaidah bin Jarrah RA Sahabat Rasulullah yang dijamin SyurgaMy Profile

  3. anis says:

    harap dijauhkan dari penyakit ni..
    anis recently posted…throwback gambar raya : tema hijauMy Profile

  4. Nauzubillah…makin berumur semakin kena peka dengan pemakanan..

    • Ibu3A says:

      Semoga dijauhkan dari kita semua..memang sangat kena peka dengan makanan. Masa ni la nak cegah dah kena kan xleh cegah dah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge