Demam denggi hampir setiap hari ada sahaja kes, sama ada kes demam denggi biasa mahupun melibatkan kematian. Angka kes tidak pernah menurun. malah setiap hari semakin meningkat. Semburan demi semburan dilakukan pihak kesihatan. Namun tak juga tercegah-cegah. Papan tanda amaran denggi memang amat menakutkan ‘Tak Peduli Maut Menanti!’
Denggi boleh bawak maut ke? Jawapannya YA! Sudah banyak kes kematian dilaporkan akibat denggi.
Namun ada lagi yang lebih bahaya iaitu SERANGAN KALI KE 2!’ Ramai beranggapan bahawa mereka yang sudah sembuh dari denggi tidak akan dijangkiti demam denggi lagi kerana badan mereka sudah mempunyai antibodi untuk melawan penyakit ini. Tapi rupa-rupanya virus itu telah BERMUTASI! dan jadi lebih bahaya sebab ia berjaya ‘mengaburi’ sel pertahanan badan kita. Pertahanan badan tidak kenal mereka sebagai ‘anasir luar’ kerana virus itu telah bermutasi menyamai sel badan kita.
Menurut Profesor Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof. Shamala Devi Sekaran “Serangan denggi kali kedua jauh lebih teruk dan kesannya lebih rumit. Pesakit juga mungkin mendapat penyakit lain yang lebih serius yang boleh merosakkan paru-paru, hati dan jantung.
Pengarah, Pusat Penyelidikan & Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika, Universiti Malaya, Prof Sazaly Abu Bakar turut menyatakan kajiannya di Jabatan Parasitologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya membuktikan mereka yang pernah menghidap penyakit itu perlu lebih berhati-hati.
“Dalam kajian kami mendapati hampir 100% mereka mati akibat denggi sebab jangkitan seterusnya kedua ketiga, yang penting nak beritahu yang pernah terkena denggi mereka terdedah risiko terkena denggi berdarah teruk pada kali kedua dan tiga. Jadi amat penting bagi mereka memastikan mereka ini tidak digigit nyamuk,” kata Prof Sazaly.
Mengenali Demam Denggi Dan Simptomnya
Nak Tahu Apa Kata Pakar Nutrisi Tentang Langkah Pencegahan?
Jom sama-sama kita membantu untuk mencegah! Bukan harapkan orang-orang kesihatan dan DBKL sahaja. Lindungi insan-insan tersayang kita.
Untuk pertanyaan tentang set denggi hubungi :
Aniey Yusoff 013.777.3122
SID Wangsa Maju, Setiawangsa, Sri Rampai dan kawasan sekitar
salam…
=)
Yaya recently posted…TIP MELEMBUTKAN HATI UNTUK BERTAUBAT
waalaikummussalam 🙂
thanks info. sekarang memang dah kembali menular kan. risau sangat
Kiera Sakura recently posted…Sample Free
rasanya tak surut kes denggi ni makin meningkat ada la…risau kan..