Penuaan adalah satu proses alami yang setiap dari kita tidak dapat hindari. Walaupun ia tidak dapat dihalang tetapi kita mampu memperlahankannya
Penuaan Dan Makanan
Penuaan ditandai dengan kulit berkedut, penurunan keupayaan fizik, kehilangan memori, penurunan fungsi organ-organ deria (mata, telinga dan hidung), dan fungsi lainnya seperti pencernaan dan fungsi kardiovaskular.
Makanan yang memiliki kesan anti penuaan adalah yang mengandungi antioksidan. Ini kerana antioksidan memiliki kemampuan memperlambat proses penuaan dan membantu mencegah berbagai penyakit seperti kanser, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi.
Makanan Awet Muda
1. Minyak Zaitun
Minyak zaitun mengandungi polyphenols, sejenis antioksidan yang berupaya untuk mencegah penyakit akibat penuaan. Lemak tidak tepu di dalamnya berupaya menurunkan risiko penyakit jantung dan kanser.
2. Ikan
Ikan mengandungi asid lemak omega-3 yang berperanan dalam menurunkan kolesterol dan penyumbatan dalam pembuluh darah serta mencegah keabnormalan jantung.
3. Acai Berry
Berasal dari Brasil, acai berry merupakan buah berbentuk seperti anggur yang memiliki kandungan tinggi antioksidan dan kaya asid lemak omega-3.
4. Bawang Putih
Bawang putih terkenal memiliki manfaat antibiotik semulajadi yang membantu mencegah berbagai penyakit seperti kanser usus dan penyakit jantung. Bawang putih juga baik mengurangi kadar kolesterol sekaligus berfungsi melancarkan darah. Bawang putih mampu mencegah degenerasi sel yang menyebabkan penuaan.
5. Teh Hijau
Mengamalkan meminum teh hijau terbukti bermanfaat untuk kesihatan umum. Teh hijau juga baik pula untuk kulit kerana memiliki sifat anti-inflamasi dan antioksidan.
6. Air
Kekal hidrasi badan penting untuk mencegah penuaan. Cukupkan pengambilan air sebanyak gelas sehari. Air membantu menyahtoksin racun keluar tubuh dan melancarkan aliran darah.
7. Yogurt
Yogurt memiliki bakteria baik yang mempertahankan kesihatan percernaan serta mengurangkan risiko penyakit usus berkaitan usia. Ia juga kaya dengan kalsium yang dapat mencegah osteoporosis.
8. Kekacang
Vitamin, mineral, zat phytochemical dan antioksidan terkandung di dalam kekacang. Malah kacang juga kaya lemak tidak tepu yang memberikan manfaat serupa dengan minyak zaitun
9. Blueberry
Peneliti dari Jean Mayer Human Nutrition Research Center mendapati blueberry berupaya mengurangkan keradangan atau inflamasi dan kerosakan oksidatif yang berkaitan dengan penurunan daya ingatan dan kemampuan motorik di usia tua
10. Anggur Merah
Anggur merah mengandungi resveratrol yang melindungi diri daripada penyakit jantung dan diabetes
11. Coklat
Kaya dengan flavanols, antioksidan yang dapat membantu melancarkan peredaran darah sekali gus mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit diabetes, darah tinggi, demensia dan penyakit ginjal
Semoga Bermanfaat
Aniey Yusoff