Semasa musim perayaan ni la kata orang masa untuk menikmati semua jenis makanan kan.. Antara makanan yang biasa dihidangkan adalah seperti lemang, ketupat, rendang, lontong dan pelbagai kuih-muih beraneka rasa. Memang kalau tengok rasa nak makan la semua tu. Tapi AWAS! cukupla kalau sekadar kita merasa dalam kadar sedikit dan makan secara berpada-pada jangan diikutkan sangat nafsu itu kerana disebaliknya nanti korang jugak yang menyesal.
Kita perlulah bijak dalam memilih makanan dan sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat ketika meraikan Hari Raya. Berikut tips yang boleh kita amalkan kalau tak nak nanti menyesal tak sudah berat naik sampai berkilo-kilo atau bila pergi checkup doktor menyatakan yang korang berkolesterol tinggi! Tau sajalah kalau dah kolesterol tinggi macam-macam penyakit tunggu nak datang. Mintak-mintak la dijauhkan kan…oleh lakukan pencegahan bermula dari kesedaran diri kita sendiri.
11 Panduan Pemakanan Sihat Di Jamuan Raya
- Elakkan pergi ke jamuan rumah terbuka dengan perut kosong untuk mengelakkan makan secara berlebihan
- Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil
- Pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit
- Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol
- Ambil makanan berkalori tinggi dalam jumlah yang sedikit. Ketahui Kandungan Kalori Dalam Juadah Anda
- Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan
- Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut
- Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek.
- Minum air kosong berbanding minuman berperisa berkarbonat atau minuman yang manis untuk mengelakkan kalori cecair dari air bergas atau air bergula. Air bergula atau bergas hanya membuatkan kita menjadi lebih dahaga. Oleh itu, sebaik-baiknya minumlah air kosong. Untuk penambah perisa, boleh juga ditambah dengan hirisan limau atau lemon atau daun pudina untuk memberikan kesegaran yang asli
- Beredar dari meja hidangan makanan dengan segera untuk elakkan kita mengambil terlalu banyak makanan
- Sila setkan minda dan cabar diri untuk pulang dari jamuan raya tanpa perlu melonggarkan kancing seluar atau kain korang
- Jangan cuba nak usaha turunkan berat badan semasa musim perayaan ini kerana percubaan ini pasti membuatkan kita kecewa. Sebaliknya, korang usahalah untuk mengekalkan berat badan korang agar jangan naik
Apapun dalam etika pemakanan berhentilah kita makan sebelum kenyang dan berpada-pada itu lebih baik kan 🙂
Nabi Muhammad SAW bersabda : “Tidaklah seorang anak Adam mengisi bekas yang lebih buruk dari perutnya. Sebenarnya beberapa suap sahaja sudah cukup untuk menegakkan tulang rusuknya. Jika terpaksa dia harus mengisinya, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga lagi untuk bernafas” Hadis riwayat At-Tarmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad
Semoga Bermanfaat
Aniey Yusoff
saya trlepas baca panduan ni. jadi saya dah langgar semuanya.. hehehe
zizie recently posted…Dua buah Mercedes
Raya pertama je terus cirit birit ahaha…
SentiasaPanas recently posted…Inilah Punca Sebenar Kenapa Azwan Ali Kerap Cari Pasal
memang mencabar kalau nak diet bile tengah banyak open house ni..huhu..tips-tips dalam entri memang terbaik.. =)
MamaBard recently posted…Petua Hilangkan Parut Jerawat Dengan Mudah Tanpa Bahan Berbahaya