Bila sebut soal diet, saya memang terbayang mereka-mereka yang dalam diet ni begitu ketat dalam peraturan makanan dan senaman. Oops! Saya memang tak pernah diet sebab alhamdulillah BMI saya sikit lagi nak bawah underweight hihi 🙂 Tengah usaha nak naikkan berat lagi ada la.
Dan salah satu hobi saya adalah makan! Ok jom kita pelajari tips berdiet dengan betul dan langsing dengan cepat supaya korang tak putus asa berat tak turun-turun..last-last korang fed-up dan biarkan berat naik mendadak!
Selain dari mengawal jumlah kalori makanan yang korang makan penting juga korang amalkan diet yang seimbang. Bukan perlu berlapar untuk semua makanan. Kerana :
Diet tak seimbang : 1) Kalori berlebihan —-> Kegemukan
2) Nutrisi tak seimbang —-> Pelbagai Penyakit
Diet seimbang : 1) Kalori seimbang —-> Tubuh Langsing
2) Nutrisi seimbang —-> Tubuh sihat dan cergas
Tips Mudah Diet
1. Jangan Skip Sarapan
Ini adalah perkara paling asas bagi korang memulakan diet tau. Sarapan yang mengandungi protien, karbohidrat dan sedikit lemak dapat menjaga gula darah dan mengelakkan rasa lapar yang berpanjangan. Jadi masa ni la korang nak makan dengan rasa puas tapi seimbang dengan karbohidrat, protien dan lemak.
2. Makan Sedikit Tapi Kerap
Setiap kali korang makan atau sekadar mengudap, sistem pencernaan akan bekerja dan mencerna makanan kemudian menyerap nutrisi. Proses ini memerlukan kalori untuk bekerja.
3. Timbang Berat Setiap Hari
Berani? Mengetahui berat kita supaya mudah kita nak kawal pengambilan makanan yang berkalori tinggi
4. Sila Jangan Makan Sambil Santai Depan Tv
Tabiat yang best kalau buat ni, nak-nak kalau menonton cerita best atau tengok movie. Fuhh..mulut rasa nak makan sahaja. Kebiasaan inilah yang membuatkan kita tidak sedar bahawa kita dah makan 40% lebih kalori lebih banyak daripada makan tanpa menonton tv.
5. Kudapan Sihat
Kalau selalu kita biasa berkudapan dengan snek atau makanan tak berkhasiat boleh bertukar kepada kudapan sihat seperti semangkuk buah-buahan atau snek yang kaya dengan protien.
6. Lebihkan Makan Buah
Boleh amalkan mengambil buah-buahan 2 kali sehari kerana ia baik untuk kesihatan dan mengandungi serat yang bagus untuk penghadaman.
7. Elakkan Minuman Bergula
Minuman soda, bergas atau minuman proses mengandungi lebih dari 100 kalori dan boleh mengganggu diet.
8. Kawal Sensitiviti Nafsu Makan Anda
Kalau diikutkan lidah terasa nak makan semua benda kan? Tambah-tambah yang berkalori tinggi tapi cuba kawal nafsu makan itu dan alihkan pada benda lain.
9. Bina Otot 3 Kali Sehari
Cuba luangkan masa sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari untuk menambah jisim otot. Boleh cuba lakukan push-up, joging setempat atau squat.
10. Tidur Lebih Lama
Macam best bunyinya kan 🙂 Tapi menurut hasil kajian bahawa tidur selama 30 minit lebih awal dan bangun 30 minit lebih awal akan membantu korang dalam memilih makanan yang lebih baik daripada biasa. Malah, dengan tidur yang nyenyak dan cukup akan mengelakkan korang dari stress dan kepenatan
11. Bayangkan Korang Langsing!
Bukan bayang saja-saja berangan tapi amik semangat dan inspirasi untuk korang terus komited dengan tips diet mudah ini.
12. Pengambilan Protien
Merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Pilih protien yang berindeks glisemik rendah
Sebenarnya walau ada 1000 cara sekalipun untuk tips kurus cara mudah ni tapi satu pun korang tak praktikkan makanya angan-angan untuk kurus hanya tinggal impian! Apapun niatkan untuk kurus untuk kesihatan bukan untuk cantik. Setuju tak? Bila kita kurus dan sihat maka untuk mengerjakan ibadah pun jadi mudah kan? Tidaklah berdiri sekejap pun sudah mengah.
Semoga Bermanfaat,
Aniey Yusoff
sms/whatsapp : 013.777.3122
emel : aniey434@yahoo.com
COD : Setiawangsa, Sri Rampai, Wangsa Maju dan kawasan sekitar
Bagus tips2 ni. Memang cabaranyg besar nak turunkn berat bdn. Semangat kena kuat
MamaBard recently posted…Masih Lagi Dalam Mood Raya
cod mende… shaklee ke.. hehe
muhammad nizam recently posted…RESIPI : KETUPAT GORENG