Pernah tak korang bangun pada waktu pagi dan bersin tanpa henti dengan teruk sekali. Hidung jadi amat gatal seperti ada benda yang merayap-rayap di sekelilingnya. Ye..seksa yang amat rasanya kan! Itu la saya waktu dulu-dulu. Genyeh-genyeh hidung umpama nak tercabut hidung. Merah padam muka, mata berair menahan gatal. Rasa nak sental je muka dengan berus besi bagi hilang gatal. Begitu teruk sekali bila ia menyerang.
Tips Sihat Mencegah Resdung
- mengamalkan tabiat pemakanan yang baik, seimbang dan berkhasiat
- memperbanyakkan minum air suam dan buah-buhanan
- menghindari minuman berais dan berkafein tinggi
- mengurangkan makanan berlemak, berminyak dan berasid
- menghentikan tabiat merokok dan mengelakkan dari menghidu asap rokok
- elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
- untuk mengemas rumah silakan pakai penutup hidung
- jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut daripada bulu binatang
- elakkan juga menggunakan perhiasan di dalam rumah yang boleh memerangkap habuk seperti karpet dan pelapik berbulu
- gunakan penyedut hampagas/vacum semasa hendak membersihkan rumah
- minum air suam atau air masak dengan kadar yang banyak
- selalu memastikan kebersihan di dalam rumah, jika perlu basuh peralatan rumah seperti cadar, sarung bantal dan selimut dengan merendamnya di dalam air panas untuk membunuh serangga dan pepijat
- apabila anda bersin dan gatal hidung sediakan tuala bersih yang direndam di dalam suam untuk mengelap muka
- kenal pasti makanan yang boleh menyebabkan anda alah seperti makanan laut, budu, belacan dan sebagainya
- mengamalkan pengambilan B-compleks dan Vitamin C yang semulajadi tanpa pewarna, perisa dan bebas bahan bahaya