Ada lagi tak yang senasib dengan saya dulu yang menganggap bahawa ubat dan supplement atau vitamin ni adalah SAMA sahaja? Takpe korang masih belum terlambat lagi untuk memahami PERBEZAAN antara kedua bidang ni. Better late than never kan 🙂
Bila kita sakit contoh batuk tanpa henti dan demam. Kita ke klinik dan Doktor memberikan preskripsi ubat yang perlu kita ambil. Ubat batuk, Paracetamol dan mungkin juga antibiotik. Tujuannya adalah untuk mengubati simptom penyakit kita. Tapi dari sudut pengamal supplement pula macam saya sekarang berdepan dengan batuk dan demam saya akan mengambil Nutriferon, Garlic dan Vitamin C. Soalnya…mana satu langkah yang betul dan mana satu pula yang tak betul?
Tak ada yang salahnya dalam kedua-dua cara tersebut sebab bidang perubatan dan bidang pemakanan tambahan adalah 2 bidang yang sangat-sangat BERBEZA. Dalam industri perubatan, pengeluaran ubat-ubatan di bawah bidang farmaseutikal memerlukan pembuktian dari segi ujian klinikal. Maknanya sesuatu jenis ubat itu perlu menjalani ujian klinikal dan terbukti berkesan merawat penyakit barulah boleh digunapakai untuk mengubati dan ia tidak sewenang-wenangnya boleh dijual terutama yang mengandungi dadah terkawal.
Berbeza dengan bidang makanan tambahan yang tidak semestinya memerlukan ujian klinikal (TETAPI Shaklee tetap menjalankan ujian klinikal setiap produknya demi untuk keselamatan pengguna tercintanya termasuk pengesahan dari pihak ketiga). Sebab itu, kita boleh tengok produk makanan tambahan atau supplement ini begitu banyak sekali di pasaran terutama syarikat MLM. Ada macam-macam dari serbuk, pil, minuman dan banyak lagi. Ia juga boleh dijual dengan bebas.
Tetapi sebenarnya perbezaan yang paling ketara sekali adalah dari segi fungsi ubat dan supplement. Dari istilah perubatan, ubat-ubatan adalah berfungsi untuk MERAWAT atau MENGUBAT simptom penyakit manakala supplement atau vitamin bertindak MENCEGAH simptom penyakit.
Menurut Dr. Forest C. Shaklee. Sr iaitu pengasas kepada penemuan vitamin Shaklee :
“Saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan, “Tetapi kita adalah dalam dua bidang yang berasingan. Mereka dilatih untuk merawat penyakit, saya berminat dalam memperbaiki kesihatan.”
Perlukah Supplement?
Ubat Atau Supplement?
Ubat atau supplement sebenarnya dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Kita memang memerlukan ubat sekiaranya kita sakit tetapi untuk pencegahan sebelum mendapat sakit kita memang perlukan supplement. Ubat Untuk Orang Sakit Dan Vitamin Untuk Orang Sihat. Setuju? 🙂
Pilihan di tangan masing-masing. Percayalah disaat nikmat kesihatan kita ditarik di waktu itulah baru kita sedar tentang pentingnya NIKMAT KESIHATAN. Mencegah itu pasti lebih baik 🙂
Sekiranya korang pilih untuk mencegah, hubungi saya untuk konsultasi 🙂
Aniey Yusoff
SMS/whatsapp : 013.777.3122
SID Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dan kawasan sekitar
~Love To Share About Health~
bru tau beza dia huhuhu
anakdenesor recently posted…putus cinta :fasa 2 berfikir!
Nice good info…
Singgah dari blogwalking emas putih….
Mahamahu recently posted…Elegant, Kemewahan Dan Kelembutan Di Gabung Dalam Koosh Koffeez @ Publika
bagus kalau ramai orang faham apa beza 2 ni kan?
at least mereka tahu kedua-duanya adalah penting terutama masa kini dengan persekitaran yang sangat mencabar!
zaleha recently posted…Punca & 6 Cara Mengawal Penyakit Gout Supaya Tak Melarat
Oh baru faham beza dia..
Yang sebaiknya, mencegah sebelum terkena. kan?
Adzrif Sidek recently posted…Pengalaman Menjadi Crew Seminar MB2000