Diabetes ialah penyakit membawa maut yang meningkat dengan cepat dan menambah risiko kepada penyakit pembunuh utama yang lain. Kira-kira 360 juta orang kini menghidap diabetes di seluruh dunia, manakala Kajian Kesihatan dan Kemorbidan Kebangsaan (NHMS) Malaysia pada 2011 menunjukkan, berlaku peningkatan daripada 14.9 peratus pada 2006 kepada 20.8 peratus pada 2011 yang bermaksud seorang dalam setiap lima rakyat Malaysia dewasa kini penghidap diabetes
Diabetes ialah penyakit yang tidak boleh dipulihkan tetapi dengan usaha mencukupi, kita boleh melambat atau menghentikan komplikasinya. Mengawal tahap glukos darah sangat penting untuk meminimumkan komplikasi yang berkait dengan diabetes. Kawalan gula dalam darah yang tidak baik untuk satu tempoh panjang akan membawa kepada beberapa komplikasi, termasuk penyakit jantung, penyakit buah pinggang, retinopati dan neuropati (kerosakan saraf)
Apakah Faktor Yang Membawa Kepada Pemotongan Anggota?
Panduan Penjagaan Kaki Harian Untuk Penghidap Diabetes
1. Periksa kaki dan jari anda setiap hari dan bersihkan dengan sabun lembut. Sabun yang kasar mungkin merosakkan kulit.
2. Rasa suhu air dengan jari tangan atau siku anda sebelum memasukkan kaki ke dalam air kerana penghidap diabetes tidak dapat membezakan sama ada air itu terlampau panas atau sejuk. Kelecuran mungkin boleh berlaku dengan mudah.
3. Perlahan-lahan lap dan keringkan kaki anda, terutama di celah jari kaki. Jangkitan boleh berlaku di tempat lembap.
4. Jika kaki anda terlalu kering, ia mungkin merekah dan menyebabkan jangkitan. Lembutkan kulit yang kering dengan menyapu losyen, jeli petroleum, lanolin atau minyak. Elak menyapu di celah jari kaki jika ada kudis atau jangkitan di situ.
5. Maklumkan doktor anda dengan segera jika wujud kudis, lecur, lebam, luka atau sebarang perubahan lain pada badan anda.
Mengenali Apa Itu Resveretrol
Vivix Dan Resdung
Berhenti merokok dengan Vivix
Apa Kata Mereka2 Ini Dengan Vivix
Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah
Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya
Lelaki Kuat Sukan Liat Nak Amalkan Vitamin Sampai Dah Nak Lumpuh?
Ikhtiar selagi boleh! Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian, saya boleh dihubungi :
Aniey Yusoff
sms/whatsapp : 013.777.3122
emel : aniey434@yahoo.com
COD : Setiawangsa, Sri Rampai, Wangsa Maju dan kawasan sekitar
~~Love To Share About Health~~
last year dah consume vivix, mmg bertenaga pagi2 gi ofis..tahun ni tak beli2 lg..
JMR recently posted…Buffet Ramadhan Laman Kayangan, Shah Alam
Memang patut dibeli la tu..hihi
semoga kita diberi kesihatan yg terbaik 🙂