Perkara yang dianggap normal ialah apabila sesekali kita memberus gigi dan gusi kita berdarah. Namun bagi ibu hamil, gusi berdarah setiap kali memberus gigi adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan. Peningkatan hormon semasa mengandung membuatkan gusi membengkak dan membuatkan ia cepat berdarah.
Apakah Yang Boleh Dilakukan Untuk Menghentikan Pendarahan?
- Jaga kebersihan mulut dan selalu memberus gigi terutama selepas makan. Berus gigi selama dua minit, sekali pada waktu pagi dan sekali lagi sebelum tidur pada waktu malam, dengan menggunakan ubat gigi berfluorida.
- Gunakan berus gigi yang lembut supaya tidak melukakan gusi
- Bersihkan celah-celah gigi anda sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mengeluarkan plak dan sisa makanan. Anda boleh gunakan flos atau berus mini (interdental brushes).
- Jumpa doktor gigi dengan kerap.
- Jika anda merokok, hentikanlah. Merokok boleh membuatkan penyakit gusi semakin teruk.
- Bertanya pada doktor atau doktor gigi mengenai pengkumur mulut yang selamat digunakan semasa hamil
- Memastikan pengambilan vitamin B6, Kalsium dan Vitamin C adalah mencukupi untuk meredakan pendarahan dan menguatkan gigi dan gusi
Semasa hamil, pastikan Nutrisi Pranatal tidak diabaikan kerana ia membantu menyihatkan kehamilan dan membantu ibu dan bayi melalui proses kehamilan dengan sihat tanpa risiko yang tidak diingini.
Alhamdulillah, semasa mengandungkan Aimy saya mula mengambil Set Kehamilan semulajadi yang lengkap. Malah masalah loya, muntah, gusi berdarah, kerap selsema dan demam semasa hamil, kejang kaki, sakit pinggang memang tidak membelenggu saya lagi. Memang rasa lebih sihat dan bertenaga malah set ini juga saya teruskan sehingga selepas bersalin dan menyusu. Memang best dan jimat kan, set bersalin, berpantang dan menyusu hanya set yang sama sahaja dengan beberapa penambahan vitamin sahaja. Inilah set kesihatan pranatal yang saya ambil.
- Sustained Release Vita-C untuk meningkatkan sistem imun tubuh ibu dan membantu mengurangkan pendarahan gusi.
- Vitamin B Complex mengandungi kesemua kumpulan vitamin B yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Selain itu, B Complex ini mengandungi asid folik yang diperlukan untuk perkembangan bayi.
- OsteMatrix mengandungi keperluan kalsium yang sangat diperlukan oleh ibu untuk kesihatan gigi dan keperluan kalsium untuk ibu dan bayi. Sangat sesuai bagi ibu-ibu yang tidak suka minum susu semasa mengandung.
- Vita-Lea merupakan supplemen yang mengandungi kesemua vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Selain itu, Vita-lea juga mengandungi asid folik untuk keperluan bayi.
- ESP merupakan sumber protien non GMO yang membantu memberikan tenaga kepada ibu
Semoga kehamilan ibu-ibu semua sihat dengan pengambilan nutrisi yang lengkap ini. Untuk pertanyaan dan pembelian saya boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja
~~Love To Share About Health~~
Dulu masa mengandung memang selalu berdarah gusi bila berus gigi. Tapi masa pas pantang pun berdarah masih pelik la kan. Terus gi junpa dentis buat ‘scaling’ gigi, Rupanya dentist kata kalau plak gigi banyak pun gusi mudah berdarah.
Riza Afzan Asri recently posted…6 Tips Mudah Cerdaskan Minda Dan Tajamkan Ingatan Anak Umur 1-2 Tahun
Betul tu, byk sgt plak pun boleh buat gusi berdarah. Jd kena selalu gi cuci kan at least 6 bulan skali..
Inilah perngorbanan kaum ibu dalam rumah tangga yang tak ternilai. Semoga diberkati dan dilimpahkan kesihatan yang baik buat semua kaum ibu..
Sani recently posted…MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY
Alhamdulillah…tq
Alhamdulillah, sepanjang mengandung dulu takde masalah gigi dan gusi berdarah..Kalau tak, mesti seksa.. Dengar pengalaman kawan2, seriau rasa..huhu
Nor Hafizah recently posted…Motivasi Pagi Prof Dr. Muhaya: 5 Tips Menjadi Isteri yang Bahagia dan Membahagiakan
Saya mmg teruk gusi berdarah sampai naik pening tengok darah hihi…tu yg cari penyelesaian tu 🙂
Alhamdulillah..
terima kasih dengan info ini.
sama2…semoga bermanfaat 🙂