Hari minggu memang hari melayankan anak-anak dengan apa-apa kuih atau menu sampingan selain nasi. Di samping tu ibunya ni melayankan anak tekak sekali hihi..rasa teringin pulak nak makan puding jagung. Dari minggu lepas lagi beli jagung manis tapi tak terbuat lagi puding jagungnya.
Nak buat puding jagung ni teramatlah mudah dan ringkas. 3 langkah sahaja dah siap! Jadi memang sesuai untuk sesiapa yang nak buat menu minum petang tapi kerajinan dan masa terbatas. Macam iols la tu 🙂
Bahan-bahan
1 tin jagung manis
3/4 cawan gula halus
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
1 cawan tepung kastard
Cara-cara
1. Satukan semua bahan-bahan dan kacau rata
2. Masukkan dalam kuali dan kacau atas api sederhana sehingga pekat
3. Masukkan dalam acuan atau loyang dan sejukkan
4. Siap! Jom makan 🙂
Selamat Mencuba!
Aniey Yusoff
Comel jugak kalau letak kat acuan
Boleh di cuba ni
nyum nyum ... nampa sedap, lemak berkrim 🙂
Buat Wanita recently posted…Tempat Menarik & Best Cherating – Kemaman – Kuantan. Destinasi Budget Kami
nampak macam sedap jerrr ,,hehe nak kena beli bahan ni ..
mamat recently posted…Punca Kencing Manis Ketika Mengandung
Memang sedap la hihi..apa lagi beli bahan cepat. Tak sampai 10 minit dah siap…
wah..sedapnya..cara pun mudah nak buat…ada masa boleh cuba ni..
Ibu Mifzal recently posted…Resipi Sambal Hitam Belimbing Buluh (Sambal Hitam Pahang)