Petang ni hujan turun dengan lebatnya…alhamdulillah. Budak-budak bertiga di rumah ni asyik ulang alik masuk dapur mencari makanan. Walau nasi dah makan, memang begitulah rutin diaorang terutama Affan yang memang kuat makan. Syukur anak-anak suka makan kan daripada tak nak makan. Lagipun diaorang ni memang anak-anak dengan Nutrisi Kanak-kanak Shaklee hikhik..
Bila hujan perut berganda laparnya hihi..kali ni menu minum petang Roti Jala Versi Rotiku Hijau 🙂 Roti jala ni dah banyak kali buat tapi versi hijau baru kali pertama buat sebab ada daun pandan lebih. Selalu warna kuning je kan sesekali warna lain pulak. Bau pun memang wangiii dan tak sangka lembut dan gebu pulak adunan kali ni hehe…
Bahan-bahan Roti Jala :
3 cawan tepung gandum Faiza
Daun pandan 4 helai (blend dulu amik air sahaja)
3 cawan air (nak letak fresh milk boleh) saya campur santan skit
1 sudu kecik garam Halagel hihi
2 sudu minyak masak (saya letak minyak zaitun)
1 biji telur
Cara-cara :
Masukkan semua bahan dalam blender dan blend semua…cara paling senang 🙂
Bila dah sebati cuba masuk dalam acuan dan cuba jala..kalau keluarnya adunan tak putus tu ok la tu dah boleh menjala. Boleh jala atas kuali non stick dalam beberapa saat. Lepas tu angkat dan gulung.
Siap untuk dimakan dengan kari ayam atau kari daging. Gerenti lembut sampai malam hihi 🙂
Selamat Mencuba!
Aniey Yusoff
Dah lama tak menjala macam ni..
Cantik jugak kalau dibuat warna hijau..mesti wangi juga sebab ada aroma daun pandan.
Tema hijau kan win tahun ni..jom la kita menjala sekali sekala hihi…bdk2 ni duk berulang mkn sambil cakap wanginyaa…
nyumn2..sedapnya roti jala…selalu warna kuning, ini hijau pula…=)
MamaBard recently posted…Erti Raya Pada Kanak-Kanak
sekali sekala ubah warna..bdk2 pun xde la boring cakap ibu asyik masak sama jer hihi
bestnye kalau dpt mkn roti jala….lom lg rasa yg ada pandan mcm ni …msti sedap kan hihihi
Deanna Morni recently posted…BLOG MULA BERSAWANG
Apa lagi cepat2 menjala rotiku hijau ni..hihi