Simptom Senggugut
- sakit mencengkam, kejang atau kedua-duanya pada bahagian pelvis
- sakit ini melarat ke bahagian pinggang dan paha
- disertai dengan simptom sampingan seperti sakit kepala, loya, muntah, sembelit, cirit-birit, pitam, sakit dan rasa bengkak pada payudara dan abdomen
Tips Ini Boleh Membantu Mengurangkan Sakit Senggugut
1. Gunakan Pad Pemanas
Pad pemanas ada dijual di farmasi dan ia boleh digunakan untuk melegakan rasa sakit di bahagian perut. Atau mungkin cara paling senang dan jimat boleh menggunakan botol dan diisi dengan air panas dan dibalut dengan tuala sebagai alat tuam. Tapi janganlah pula guna botol ai mineral kang penyet pulak botol tu 🙂
2. Minum Air Suam
Sila elakkan minum minuman berais dan minuman sejuk kerana sakit senggugut lebih bertambah teruk kerana penguncupan otot berlaku. Minum air halia suam dengan sedikit madu mungkin boleh membantu
3. Berurut
Urutan mampu melegakan kesakitan akibat kontraksi otot-otot di bahagian rahim. Boleh berurut lembut dengan menggunakan minyak urut berangin. Pasti sedikit melegakan.
4. Mandi Dengan Air Hangat Atau Suam
Mandi dengan air suam membantu melegakan sakit-sakit otot akibat senggugut
5. Kurangkan Makanan Bergaram
Pengambilan garam berlebihan akan membuatkan badan menyimpan banyak air. Ini boleh menyebabkan kekejangan di bahagian perut ketika haid. Elakkan mengambil makanan ringan kerana ia mengandungi kandungan garam yang tinggi.
6. Berehat Dan Bertenang
Banyakkan berehat dan fokus kepada perkara lain supaya minda lebih relaks dan lupa pada kesakitan. Banyakkan berzikir dan berdoa
7. Pengambilan Nutrisi Yang Sihat
Individu yang mengalami senggugut amat disarankan mengambil nutrisi dan mineral yang penting iaitu Kalsium, Vitamin C, vitamin B dan linoleic asid. Ini kerana, kehadiran mineral kalsium membantu melegakan ketegangan otot dan merehatkan otot rahim. Senggugut juga terjadi kerana kekurangan linoleic asid dalam tubuh yang berperanan mengurangkan radang yang berlaku semasa proses pengecutan rahim berlaku semasa haid.
Tahu tak bahawa korang sebenarnya boleh bebas dari senggugut tanpa perlu amik pain killer? Jadi tak perlu la amik MC lagi kan? Bos-bos pun tentu happy bukan? Bukan apa saya ada pengalaman Bos ditempat kerja yang sangat pilih kasih dengan pekerja wanita kerana baginya pekerja wanita banyak amik cuti, cuti senggugut la, cuti bersalin la, cuti masa mengandung la. Hurm..nasib baik saya dah berhenti kerja hehe…
Hubungi saya untuk Set Semulajadi Senggugut supaya korang boleh jadi pekerja contoh 🙂
Aniey Yusoff
sms/whatsapp : 013.777.3122
emel : aniey434@yahoo.com